Sunday, July 15, 2007

Semester 5 2007

Semester Julai - November baru sahaja bermula. Aku kini berada di Part 5. 2 tahun tempoh pengajianku di UiTM. Pantas masa berlalu - masa amat menakutkan. Fokus hidup kini lebih tertumpu dengan tugasan dan hal-hal grouping yang menuntut komitmen penuh. Janggal rasanya setelah sebulan lebih berehat di rumah tanpa perlu memerah otak. Hidup mesti terus. Konflik grouping telah pun dibereskan dengan penuh diplomatik. Banyak visi dan misi yang perlu dilunaskan pada semester ini. Azam baru aku antaranya:

1) study lebih awal daripada biasa. Tak nak procastinate kerja. Buat secepat mungkin.
2) promote public awareness on CLIMATE CRISIS & MINORITIES GROUP.
3) DL!
4) Lebih friendly
5) Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali (BE NICE)
6) Go to St. Mary
7) Networking & apply internship kat mana2

semoga apa yang diimpikan akan termakbul. Aku bolah janji yang aku buka hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam semata-mata. Tolonglah. Doakan aku berjaya. Aku mengharapkan yang terbaik.