Monday, November 19, 2007

Entah...

Jay kembali lagi menulis entry dalam blog ini. Cuti yang begitu lama bukan bermakna aku ni dah mati atau berhenti menulis. Kesibukan yang mengakibatkan kemalasan. Hidup di semester 5 ini rasa terhimpit sangat tetapi sedar tak sedar dah habis dah pun! Memang sibuk dan super mencabar. Nasib baik dah selesai semuanya dan kini bercuti di rumah menunggu results yang hendaknya OK.
Aku akan kembali dengan entry yang lebih kerap pada cuti ini. Aku janji. Segala yang berlegar dalam hidupku yang bosan ini akan aku cuba bawakan. Perkara yang menghairankan aku ialah entah bagaimana seorang rakan mempunyai link ke blog ni dalam blog dia. Ni tak boleh jadi pasal aku tak pernah pun cerita pasal blog ni kat sesiapapun. Memang kau berbakat jadi papparazzi Nini. Hehe.. Aku tak kisah pun, cuma terkejut bagaimana kau boleh jejak aku dalam dunia yang nak kata kecik tak kecik, nak kata besar tak besar..
Post-post lama yang mungkin ada terkutuk orang ke aku minta maaf tapi aku takkan delete pasal itulah kenangan namanya. Tapi aku tak harap pun orang ramai masuk kat sini dan mintak-mintak takdepun pasal aku bukannya celebrity blogger!
Selamat bercuti kepada yang tengah bercuti dan selamat segala-galanya. Lain masa aku celoteh lagi...