Saturday, November 8, 2008

true awakening

Di saat kemalasan menjelma, Jay mula memblogging. Satu escapism bernatijahkan "mengelat". Poetik sungguh starting. I ain't no poetic. Lama lagi. Tapi bab yang malas tu aku akui. Dua tiga menjak ni Jay yang "mereka" dok kata pandai, bijak, rajin dan yang sewaktunya dengannya ni tak pernah rasa dirinya berada di golongan yang anda labelkan itu. Sejujurnya aku malas. Malas studi, malas nak fikir banyak-banyak perihal studi yang sewajarnya aku runsingkan, terutamanya lepas failed mid term persuasion (meski depa kata fail by 1 poin, fail tetap fail). Tapi aku tak kisah, mungkin rasa kegagalan itu dinikmati beramai-ramai kot (jumlah yang fail lg ramai dari yang lulus dalam kelas aku). Pandangan aku lah.

Esok final writing for PR akan berlangsung jam 9pagi live dari Auditorium Seni Halus Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Malaysia. Ni satu hal lagi. Kat induk ni, lokasi final berbeza-beza, seluruh Shah Alam. Siapa yang tak kenal Shah Alam boleh sesat jadinya. Mujur ada rakan-rakan membantu beri ihsan tumpang kereta. Cayang korang (mmmmuuuuaaahhhh!)

Waktu malas camni aku akan mula motivate diri dengan tengok movie ataupun cakap kat sendiri depan cermin "konakmampuskehah?" Macam dalam post sebelum ni aku tak nak mati diratap sebagai loser. Gagal exam tu bagi aku loser lah tu, apatah lagi mati sebelum sempat abis degree (x termasuk mati sakit n yg ditentu takdir). Malah kalau fail dalam istilah keluarga aku yang dok kira "A" tu, fail ertinya mampus. Tak jadi orang.

Tak boleh jadi, aku kena studi gak WALAUPUN sejam. Tak kuasa nak fail 1st semester kat ISM ni. Bukti pada "mereka" kau mampu J. Sebenarnya aku memang nak studi, cuma nak mandi dulu, tengok movie dan membebel kejap. Nasib baik jiwa raga aku tak lemah, ikut fizikal, memang aku dah tido. Aku pun dah tak paham apa aku dok merepek ni. Blog aku, suke atu aku. Jay, bangun...

p/s: still tak faham apa gunanya menelan buku just nak bukti pandai.. but aku paham, kite semua terpaksa..